Nilai-nilai kerahsiaan harus dipelihara,
terutama sekali dalam penggunaan alat komunikasi seperti komputer di mana
maklumat peribadi dari segi status kewangan, insurans, kesihatan dan tempat
tinggal perlu dirahsiakan daripada pihak-pihak tertentu yang mungkin boleh
menggunakannya untuk kepentingan diri atau secara negatif. Nilai-nilai
kerahsiaan kini amat tergugat kerana kepesatan pembangunan alat komunikasi dari
segi penghantaran data, imej atau grafik secara e-mel. Maka, setiap pengguna
teknologi maklumat dan komunikasi harus berhati-hati serta bertanggungjawab
dalam mengumpulkan, menganalisis dan mengkaji maklumat serta bahan yang
diterima kerana kecuaian pengguna akan menyebabkan rahsia tersebar ke pihak lain
yang mempunyai agenda negatif. Ini akan menggugat keselamatan dan kesejahteraan
individu berkenaan serta masyarakat atau negara amnya.
Kerahsiaan
dibahagikan kepada tiga perspektif iaitu perspektif Islam, perspektif perundangan
dan perspektif kaunseling. Konsep penting dalam islam ialah amanah atau lebih
dikenali sekarang sebagai integriti. Sesungguhnya
amanah adalah sesuatu yang besar dan memiliki kedudukan yang agung. Wajib bagi hamba
Allah untuk memperhatikan dan menjaga hak-haknya, mengetahui kedudukannya dan
berupaya untuk mewujudkan dan merealisasikannya. Banyak dalil, baik dari al-Quran
mahupun sunnah Rasulullah s.a.w yang menjelaskan
tentang kedudukan amanah dan balasan yang akan diperolehi di dunia dan akhirat
bagi orang yang menjaganya dan azab bagi mereka yang mengkhianatinya.
“Akan
tetapi jika sebahagian kamu mempercayai sebahagian yang lain, maka hendaklah
yang dipercayai itu menunaikan amanatnya (hutangnya) dan hendaklah ia bertakwa
kepada Allah Tuhannya.”
Sistem perundangan Islam juga
merupakan satu sistem yang mendidik umatnya untuk lebih berdisiplin dan hidup
dengan lebih harmoni. Salah satu akta keselamatan peribadi iaitu Akta Rahsia
Rasmi 1972 adalah satu Akta Undang-Undang berhubung dengan perlindungan rahsia
rasmi daripada jatuh ke tangan orang-orang yang tidak dibenarkan. Akta ini
bertujuan untuk mencegah kelalaian yang bersalahan, iaitu kesalahan jenayah dan
juga untuk menghalang apa-apa bantuan haram yang sengaja diberikan kepada
agensi-agensi negara asing atau subversif. Contohnya : kebocoran kertas
peperiksaan UPSR tahun 2014.
Selain
itu, dalam proses kaunseling juga memerlukan seseorang kaunselor menjaga etika
kerahsiaan semasa dan selepas menjalankan sesi kaunseling yang mana merupakan
tanggungjawab utama dan amanah bagi seorang kaunselor sebagaimana yang
terkandung dalam Kod Etika Kaunselor.
Kerahsiaan dalam kaunseling adalah
penting untuk mendapatkan kepercayaan klien dan ini akan membuatkan mereka
merasakan diri mereka difahami, dihargai dan berasa selamat untuk
berkongsi. Namun begitu, dalam proses kaunseling, prinsip kerahsiaan boleh
dikecualikan. Ianya tidak terbatas kepada perkara-perkara yang boleh
mendatangkan kemudaratan kepada klien itu sendiri, kaunselor dan orang di
sekeliling.
Jika
dikaitkan etika kerahsiaan dari sudut integriti, ia merupakan salah satu etika
yang perlu ada pada semua orang. Integriti berasal dari istilah bahasa
Inggeris yang membawa
erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu,
ia biasanya menjurus ke arah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut
Kamus Dwi Bahasa DBP 1985, ialah kejujuran
dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan. Dari maksud yang didapati dari kamus di
atas, integriti adalah sifat jati
diri yang merangkumi juga
keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip,
tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya dan lain -lain
yang berkaitan.
Bila disebut tentang integriti,
tumpuan masyarakat akan terjurus kepada pasukan polis. Ini kerana polis
merupakan satu entiti yang tidak dapat dipisahkan daripada konsep tersebut. Daripada
itu, kerajaan telah mengambil satu langkah yang bijak demi menjaga kerahsiaan,
contohnya dengan menubuhkan bahagian integriti di semua Jabatan Kerajaan.
Begitu juga di PDRM, bilamana polis seringkali dikaitkan dengan rasuah, tidak
beretika, menyalahgunakan kuasa dan lain-lain. Polis Diraja Malaysia juga
menyokong sepenuhnya hasrat kerajaan dengan mengambil inisiatif untuk menubuhkan
sebuah jabatan yang dinamakan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard. Jabatan
ini telah ditubuhkan secara rasminya pada 25 Julai 2014 oleh YDH Ketua Polis
Negara. Tujuan penubuhan jabatan ini adalah untuk memperkasakan PDRM dengan
memantapkan integriti pegawai di samping memastikan tugas dilaksanakan dengan
mematuhi standard yang telah ditetapkan. ini adalah selaras dengan tiga
keutamaan YDH Ketua Polis Negara iaitu :
i . Mengekalkan
kenteraman awam dan kesejahteraan rakyat ;
ii.
Mengawal serta mengekang jenayah
melalui pencegahan dan penyiasataan berkesan; dan
iii. Memantapkan integriti dan pematuhan standard warga PDRM.
Pencapaian organisasi sangat berkait
rapat dengan integriti. Ini kerana
integriti mempunyai hubungan yg signifikan terhadap prestasi organisasi
apabila perlakuan tidak beretika berupaya untuk menghalang sesebuah organisasi
dalam mencapai prestasi secara maksimum. Perkara ini telah terbukti menerusi
peristiwa kegagalan organisasi tempatan dan antarabangsa serta pelbagai
kemudaratan adalah berpunca daripada perlakuan manusia yang tidak beretika atau
opurtunis. Sebagai contoh, “Pada 2014, terdapat 15
kes kebocoran maklumat iaitu lapan kes berlaku di laman sosial, tiga kes di
laman web dan blog serta empat kes melalui kenyataan media. Peristiwa ini telah menimbulkan pelbagai
andaian dan persepsi mengenai etika dan integriti pihak yang terlibat. Dalam
erti kata lain, individu-individu ini tidak menjaga kerahsiaan jabatan tempat
mereka bekerja dan boleh mendatangkan
malapetaka yang besar kepada nasib sesebuah negara dan tamadun sepertimana yang
menimpa tamadun Rom apabila kemerosotan etika yang berlaku telah membawa
tamadun tersebut kepada kehancuran. Kesimpulannya, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menjaga
kerahsiaan....
asssalamualaikum. terima KASIH PERKOnGSIAN YANG BERGUNA di atas penulisan hak kerahsiaan ini. selepas saya membaca hasil penulisan ini baru lah saya faham tentang kerahsiaan yang di amalkan di malaysia.
ReplyDeleteada sedikit kekeliruan kepada saya. Adakah sifat amanah yang tinggi diperlukan kepada pegawai yang terbabit dalam menjaga kerahsiaan setiap individu?
selain itu, apakah sistem yang digunakan untuk menjaga segala rahsia supaya tidak diketahui oleh orang lain?
terima kasih di atas perkongsian ini..
Muhammad Fairuz Firdaus Bin Paimin
GB02523
http://fairuzfirdauspaimin.blogspot.com/
terima kasih kerana bertanya.. nanti free sy jawab yea tuan Canselor Muhammad Fairuz Firdaus bin Paimin.
Delete