} Kerahsiaan maklumat peribadi merupakan perkara fundamental hak asasi manusia yang telah diiktiraf UDHR 1948, dan pelbagai wakil antarabangsa yang lain.Di Malaysia, pelbagai undang-undang dan akta telah dikuatkuasakan dan digubal bagi memastikan maklumat peribadi dan juga maklumat kerajaan tidak diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Antara akta yang telah digubal ialah:
}Akta Rahsia Rasmi
1972
} Akta Perlindungan Saksi
2009
} Akta Perlindungan Pemberi Maklumat
2010 (Akta 711).
Akta Rahsia Rasmi 1972
} suatu akta undang-undang berhubungan dengan perlindungan rahsia rasmi, terutama sekali dimaksudkan untuk memelihara perkara-perkara daripada jatuh ke tangan orang-orang yang tidak dibenarkan.
} Akta ini bertujuan untuk mencegah kelalaian yang bersalahan, iaitu satu kesalahan jenayah, dan juga untuk menghalang apa-apa bantuan haram yang sengaja diberikan kepada agensi-agensi Negara asing atau subversif.
Akta Perlindungan Saksi 2009
} Diwujudkan untuk memberi perlindungan keselamatan dan bantuan kepada saksi yang menghadapi ancaman keselamatan terhadap diri, keluarga dan sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya ekoran dari tindakannya memberi maklumat kepada mana-mana pihak berkuasa penyiasatan atau memberi keterangan di mahkamah mengenai sebarang kegiatan atau perbuatan jenayah dan kesalahan yang diketahuinya.
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010
Akta ini telah diluluskan oleh Parlimen pada bulan Jun 2010 dan dikuatkuasakuasa pada 15 Disember 2010. Objektif: untuk memberi perlindungan kepada pemberi maklumat dalam bentuk kerahsiaan maklumat mereka, kekebalan daripada tindakan sivil dan jenayah dan perlindungan daripada tindakan yang memudaratkan diambil terhadap mereka. Usaha Kerajaan Malaysia dalam menangani rasuah dan menggalakkan urus tadbir yang baik di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP).
No comments:
Post a Comment