Perintah menjaga kerahsiaan
dapat digali dalam sirah baginda saw, iaitu yang masyhur adalah ketika baginda
berhijrah ke madinah bersama-sama sahabat setianya Abu Bakar r.a. para ulama’
berpendapat bahawa tindakan Nabi saw berhijrah bersama-sama dengan Abu Bakar
r.a. dalam keadaan kerahsiaan (berwaspada) dalam suasana malam dan sunyi, yang
mana tempat tidurnya diganti oleh Saidini Ali r.a. adalah tindakan yang
septutnya diambil oleh manusia biasa yang lainnya.
Inilah sunnah yang perlu
diikuti oleh setiap penggerak harakah Islamiyah iaitu mengambil langkah
berhati-hati mengelakkan dari ditangkap oleh musuh-musuh. Nabi saw mengamalkan
hijrah dalam keadaan rahsia walaupun baginda sentiasa dipelihara oleh Allah menunjukkan
bahawa taktik dan strategi sirr dan kerahsiaan adalah sunnah yang patut
diamalkan, BERBEZA dengan tindakan Saidina Umar r.a. yang berhijrah dalam
keadaan mengisytiharkan dirinya dalam keadaan pedang terhunus, bukan juga
menunjukkan tindakannya adalah keterlaluan ataupun jahil, tetapi sebagai
petanda bahawa Umar memiliki keistimewaan tersendiri.
Selain itu dalam Al-Qur’an Allah swt berfirman:
“Jika engkau Muhammad berada di
antara mereka yang Islam, lalu ingin mendirikan solat bersama-sama mereka, maka
hendaklah segolongan dari mereka berdiri solat besertamu dan menyandang
senjata, kemudian apabila mereka (yang solat bersamamu) sujud (telah
menyempurnakan satu rakaat), maka hendaklah datang golongan kedua yang belum
bersembahyang, lalu bersembahyanglah mereka denganmu dan hendaklah mereka
bersiap siaga dan menyandang senjata. Orang-orang kafir ingin supaya kamu
lengah terhadap senjatamu dan harta bendamu, lalu mereka menyerbu kamu dengan
sekaligus, dan tidak ada dosa atasmu meletakkan senjata-senjatamu, jika kamu
mendapat sesuatu kesusahan kerana hujan atau kerana kamu menanggung sakit, dan
siap sedialah kamu. Sesungguhnya Allah telah menyediakan azab yang hina bagi
orang-orang kafir.” (An-Nisa’
: 102)
ayat di atas dengan tegas
menunjukkan wajib berkerahsiaan dengan diterangkan kaedah dan cara-cara
berwaspada, diperintahkan memegang senjata dalam solat, diperintahkan agar kaum
muslimin yang lain berdiri di belakang orang-orang yang sedang sembahyang agar
memelihara mereka dari serangan musuh. Kaum muslimin dibahagikan kepada dua
kelompok, satu kelompok mengerjakan sembahyang dan satu lagi kelompok menjaga
mereka.
Diterangkan juga orang-orang
kafir ingin melalaikan kaum muslimin dan berusaha menghancurkan mereka
sekaligus. Semua ini membuktikan wajib kerahsiaan dari sesuatu yang tidak
disenangi.
Firman Allah swt :
Yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman berwaspadalah kamu
dan majulah (ke medan pertempuran) bersama-sama” (An-Nisa’ : 81)
Perintah ini ditujukan kepada
kaum muslimin agar berjihad terhadap orang-orang kafir, berperang pada jalan
Allah dan berusaha mempertahankan agama dan diperintahkan kepada orang yang
berkemampuan untuk menyebarkan dakwah. Mereka juga diperintahkan supaya tidak
menyerang musuh membuta-tuli, tetapi harus terlebih dahulu mengetahui apa yang
dimiliki oleh musuh dan mengetahui bagaimana cara menolak serbuan mereka.
Itulah kaedah pertahanan yang baik.
nice entry:)
ReplyDeletetq
ReplyDelete