About Me

My photo
Kuala Lumpur, Cheras, Malaysia
Norhafizah Binti Mohd Sukri, Hassim Wife,Mum off 2 kids, Student,working mother, PDRM Counselor.. Unit Psikologi/Kaunseling, JIPS, Bukit Aman

Wednesday, 2 December 2015

PIAGAM MADINAH/KISAH PENJAGA RAHSIA RASULULLAH

Di dalam PIAGAM MADINAH, Rasulullah SAW tidak menyebut berkaitan dengan kerahsiaan ini kerana Rasulullah SAW memupunyai setiausaha sulit banginda iaitu Hudzaifah bin al- Yaman..di sini saya menceritakan serba sedikit berkaitan sang penjaga rahsia Rasullullah..

Namanya Hudzaifah bin al-Yaman, terkenal dengan panggilan ShahibuSirri Rasulullah (penjaga rahasia yang dipercaya oleh Rasulullah). Orangnya sangat disiplin dan teguh memegang rahasia. Siapa pun tidak berani memaksanya untuk membuka rahsia. Salah satu masalah besar yang dihadapi oleh umat Islam di Madinah adalah kemunculan  kaum munafiqin, yang secara sengaja menyebarkan isu-isu yang tidak benar terhadap Nabi dan kaum Muslimin. Mereka suka membuat fitnah dan tipu muslihat yang menyulitkan kaum Muslimin. 
Rasulullah SAW tahu siapa saja mereka dan siapa tokoh-tokohnya, tetapi beliau tidak mahu  mengumumkannya kerana  mereka setiap hari mereka menonjolkan diri sebaimana orang-orang beriman lainnya, bahkan juga datang solat berjamaah di masjid bersama Nabi-kecuali solat Subuh dan Isya yang berat bagi mereka melakukannya. 
Nabi memberikan maklumat/ nama-nama kaum munafiqin kepada Hudzaifah dan memintanya untuk merahasiakannya kepada siapa pun. Hudzaifah juga ditugaskan mengawasi gerak-geri dan kegiatan mereka untuk mencegah bahaya yang mungkin akan mereka timpakan kepada kaum Muslimin. Rahsia itu dipegang sangat erat oleh Hudzaifah sampai Rasulullah SAW wafat. 


Tatkala menjabat khalifah, Umar bin Khathab pernah bertanya kepada Hudzaifah apakah ada pegawainya yang munafik. Hudzaifah menjawab, ada satu orang, tapi dia tidak mahu menyebutkan namanya. "Maaf wahai Amirul Mukminin, saya dilarang Rasulullah mengatakannya."


Hudzaifah bukanlah berasal dari Yaman walaupun bapaknya bernama al-Yaman. Bapaknya orang Makkah, dari Bani 'Abbas. Oleh kerana suatu hutang darah dari kaumnya, al-Yaman terpaksa menyingkir ke Yatsrib-yang kemudian bernama Madinah. Di Yatsrib, al-Yaman berlindung dan bersumpah setia pada Bani 'Abd Asyhal, sampai kemudian menikah dengan perempuan dari suku tersebut. Dari perkawinan itulah lahir Hudzaifah. Walaupun sering bolak-balik ke Makkah, al-Yaman lebih banyak menetap di Madinah. 


Dengan latar belakang orang tua seperti itu, tatkala pertama kali bertemu dengan Nabi di Makkah-sebelum beliau hijrah-Hudzaifah menanyakan apakah dia termasuk Muhajirin atau Anshar. Nabi menjawab: "Jika engkau ingin digolongkan kepada Muhajirin, engkau memang Muhajir. Dan, jika ingin digologkan kepada Anshar, engkau memang seorang Anshar. Pilihlah mana yang engkau sukai." Sekalipun kedua-duanya disayangi oleh Rasulullah, ternyata Hudzaifah memilih digolongkan kepada Anshar. 


Kedua orang tua Hudzaifah sudah masuk Islam sebelum Rasulullah hijrah ke Madinah. Dan, Hudzaifah pun sudah masuk Islam sebelum bertemu dengan Nabi. Setelah Nabi hijrah ke Madinah, Hudzaifah selalu mendampingi beliau, turut bersama Nabi dalam seluruh peperangan kecuali Perang Badar. Dalam Perang Khandaq, Hudzaifah mendapatkan tugas yang sangat berat dari Nabi. Tugas yang hanya dapat dilaksanakan oleh orang yang cerdas, tangggap, dan berdisiplin tinggi. 


Pada malam gelap gulita, Hudzaifah ditugaskan oleh Nabi masuk ke jantung pertahanan musuh, mengintai gerak-geri mereka. "Hai Hudzaifah," kata Nabi. "Sekali-kali jangan melakukan tindakan yang mencurigakan mereka sampai tugasmu selesai, dan kembali melapor kepadaku."



Hudzaifah menjalankan tugas itu. Dia berada sangat dekat dengan Abu Sufyan, panglima perang musuh. Kata Hudzaifah: "Seandainya Rasulullah tidak melarangku melakukan suatu tindakan di luar perintah sebelum datang melapor kepada beliau, sungguh telah kubunuh Abu Sufyan dengan pedangku." Demikianlah sekelumit tentang Hudzaifah bin al-Yaman RA, sang penjaga rahsia. 















2 comments:


  1. Kisah yang sangat menarik!

    Teringat pada suatu satu hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA mafhumnya:

    "Tanda orang munafik itu ada 3 iaitu; apabila dia berkata-kata dia berbicara dia berdusta, apabila berjanji dia mungkiri, dan apabila diberi amanah dia khianat"

    Lihat poin ketiga. Apabila diberi amanah dia khianati amanah tersebut. Apabila dia diberi kepercayaan untuk menjaga suatu rahsia, dia sebar satu dunia rahsia tersebut. Golongan ini nama sifatkan mereka sebagai seorang yang mempunyai sifat munafik dalam dirinya.

    Menjaga sesuatu rahsia dan tidak mengkhinatinya tersangatlah penting. Sehinggakan ada satu pepatah melayu menyebut "Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut". Biarlah apa yang terjadi pun hatta melukakan diri sendiri, rahsia tetap rahsia, tidak boleh diberitahu dan disebarkan pada yang bukan ahlinya.


    Amirul Ismail
    GB02522

    Sila lawat dan mohon tunjuk ajar di blog saya di pautan:

    https://dopulohempat.wordpress.com/

    ReplyDelete
  2. Islam amat menitiberatkan perihal menjaga rahsia sama ada rahsia diri sendiri atau orang lain kerana menjaga rahsia adalah termasuk dalam sifat amanah yang harus ada dalam diri setiap muslim. Menjaga rahsia adalah amanah dan membongkar rahsia adalah satu bentuk pengkhianatan.

    Akan tetapi, menjaga rahsia orang lain adalah lebih sulit daripada menjaga harta orang lain kerana lebih mudah bagi kita apabila diberi amanah untuk menjaga harta orang lain dari diberi amanah untuk tidak menceritakan rahsia orang lain. Kita harus ingat bahawa dengan menutup aib orang lain, Allah akan menutup aib kita baik di dunia mahupun diakhirat.

    Semoga kita termasuk dalam golongan orang yang mampu menjaga amanah yang dipercayakan kepada kita.

    NOOR AMIRA BINTI AHMAD
    GB02531

    ReplyDelete