About Me

My photo
Kuala Lumpur, Cheras, Malaysia
Norhafizah Binti Mohd Sukri, Hassim Wife,Mum off 2 kids, Student,working mother, PDRM Counselor.. Unit Psikologi/Kaunseling, JIPS, Bukit Aman

Sunday, 6 December 2015


RAHSIA Allah kite xtau.. sila baca dan hayati doa ini..semoga Allah merahmati kita semua..

Lirik Doa Solat Dhuha – Unic

Allahumma Innadh Dhuha-A Dhuha-Uka Wal  Bahaa-A Bahaa-Uka Wal Jamaala Jamaaluka Wal Quwwata Quwatuka Wal Qudrata Qudratuka Wal Ishmata IshmatukaAllahuma Inkaana Rizqi Fis Samma-I Fa Anzilhu Wan Inkaana Fil Ardhi Fa-Akhrijhu Wa Inkaana Mu’asiran Fayassirhu Wa Inkaana Haraaman Fathahhirhu Wa Inkaana Ba’idan Fa QaribhuBihaqqiduhaa-Ika Wa Bahaaika Wa Jamaalika Wa Quwwatika Wa Qudratika Aatini Maa Ataita Min’Ibadikash ShalihinYa Allah Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU Kecantikannya KecantikanMU Keindahannya KeindahanMU Kekuatannya KekuatanMU Kekuasaannya KekuasaanMU Perlindungannya PerlindunganMUYa Allah Jika rezeki masih di langit, turunkanlah Jika di bumi, keluarkanlah Jika sukar, permudahkanlah Jika haram, sucikanlah Jika jauh, dekatkanlahBerkat waktu Dhuha KecantikanMU, keindahanMU KekuatanMU, kekuasaanMULimpahkan kepadaku segala Yang Engkau telah limpahkan Kepada hamba-hambaMU yang soleh 

BIARLAH RAHSIA

Dalam bercinta pun ada rahsianya.. ini adalah lagu yang berkaitan KERAHSIAAN...
BIARLAH RAHSIA
Pernahkah kau bermimpi seketikaBerada di tempat kuMembayangkan pahit manis berlaluEntah siapa yang tahu
Mungkin nanti kau jua merasakanBerdepan dengan kata menyesatkanTak kan tugumu tegakTiada pertimbangan
##
Chorus:
Keheningan malam membalutkanKepayahan jiwa meluahkanAndai kau jujur memahamiTiadaku menjauhi
###
*Dan kisahku yang masih panjangMenambahkan berat yang memandangLantasku pendam ku putuskanBiarlah rahsiaSemakin aku hidup dalam cintaTiada kuasa mampu menghalangnyaHentikan kata-kata bertulangkan dusta
##
Ulangi Chorus
Ulangi *
###
Dan kisah ku yang masih panjangMenambahkan berat yang memandangLantas ku pendam ku putuskanBiarlah rahsiaPernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku...

Wednesday, 2 December 2015

PIAGAM MADINAH/KISAH PENJAGA RAHSIA RASULULLAH

Di dalam PIAGAM MADINAH, Rasulullah SAW tidak menyebut berkaitan dengan kerahsiaan ini kerana Rasulullah SAW memupunyai setiausaha sulit banginda iaitu Hudzaifah bin al- Yaman..di sini saya menceritakan serba sedikit berkaitan sang penjaga rahsia Rasullullah..

Namanya Hudzaifah bin al-Yaman, terkenal dengan panggilan ShahibuSirri Rasulullah (penjaga rahasia yang dipercaya oleh Rasulullah). Orangnya sangat disiplin dan teguh memegang rahasia. Siapa pun tidak berani memaksanya untuk membuka rahsia. Salah satu masalah besar yang dihadapi oleh umat Islam di Madinah adalah kemunculan  kaum munafiqin, yang secara sengaja menyebarkan isu-isu yang tidak benar terhadap Nabi dan kaum Muslimin. Mereka suka membuat fitnah dan tipu muslihat yang menyulitkan kaum Muslimin. 
Rasulullah SAW tahu siapa saja mereka dan siapa tokoh-tokohnya, tetapi beliau tidak mahu  mengumumkannya kerana  mereka setiap hari mereka menonjolkan diri sebaimana orang-orang beriman lainnya, bahkan juga datang solat berjamaah di masjid bersama Nabi-kecuali solat Subuh dan Isya yang berat bagi mereka melakukannya. 
Nabi memberikan maklumat/ nama-nama kaum munafiqin kepada Hudzaifah dan memintanya untuk merahasiakannya kepada siapa pun. Hudzaifah juga ditugaskan mengawasi gerak-geri dan kegiatan mereka untuk mencegah bahaya yang mungkin akan mereka timpakan kepada kaum Muslimin. Rahsia itu dipegang sangat erat oleh Hudzaifah sampai Rasulullah SAW wafat. 


Tatkala menjabat khalifah, Umar bin Khathab pernah bertanya kepada Hudzaifah apakah ada pegawainya yang munafik. Hudzaifah menjawab, ada satu orang, tapi dia tidak mahu menyebutkan namanya. "Maaf wahai Amirul Mukminin, saya dilarang Rasulullah mengatakannya."


Hudzaifah bukanlah berasal dari Yaman walaupun bapaknya bernama al-Yaman. Bapaknya orang Makkah, dari Bani 'Abbas. Oleh kerana suatu hutang darah dari kaumnya, al-Yaman terpaksa menyingkir ke Yatsrib-yang kemudian bernama Madinah. Di Yatsrib, al-Yaman berlindung dan bersumpah setia pada Bani 'Abd Asyhal, sampai kemudian menikah dengan perempuan dari suku tersebut. Dari perkawinan itulah lahir Hudzaifah. Walaupun sering bolak-balik ke Makkah, al-Yaman lebih banyak menetap di Madinah. 


Dengan latar belakang orang tua seperti itu, tatkala pertama kali bertemu dengan Nabi di Makkah-sebelum beliau hijrah-Hudzaifah menanyakan apakah dia termasuk Muhajirin atau Anshar. Nabi menjawab: "Jika engkau ingin digolongkan kepada Muhajirin, engkau memang Muhajir. Dan, jika ingin digologkan kepada Anshar, engkau memang seorang Anshar. Pilihlah mana yang engkau sukai." Sekalipun kedua-duanya disayangi oleh Rasulullah, ternyata Hudzaifah memilih digolongkan kepada Anshar. 


Kedua orang tua Hudzaifah sudah masuk Islam sebelum Rasulullah hijrah ke Madinah. Dan, Hudzaifah pun sudah masuk Islam sebelum bertemu dengan Nabi. Setelah Nabi hijrah ke Madinah, Hudzaifah selalu mendampingi beliau, turut bersama Nabi dalam seluruh peperangan kecuali Perang Badar. Dalam Perang Khandaq, Hudzaifah mendapatkan tugas yang sangat berat dari Nabi. Tugas yang hanya dapat dilaksanakan oleh orang yang cerdas, tangggap, dan berdisiplin tinggi. 


Pada malam gelap gulita, Hudzaifah ditugaskan oleh Nabi masuk ke jantung pertahanan musuh, mengintai gerak-geri mereka. "Hai Hudzaifah," kata Nabi. "Sekali-kali jangan melakukan tindakan yang mencurigakan mereka sampai tugasmu selesai, dan kembali melapor kepadaku."



Hudzaifah menjalankan tugas itu. Dia berada sangat dekat dengan Abu Sufyan, panglima perang musuh. Kata Hudzaifah: "Seandainya Rasulullah tidak melarangku melakukan suatu tindakan di luar perintah sebelum datang melapor kepada beliau, sungguh telah kubunuh Abu Sufyan dengan pedangku." Demikianlah sekelumit tentang Hudzaifah bin al-Yaman RA, sang penjaga rahsia. 















PERINTAH MENJAGA KERAHSIAAN

Perintah menjaga kerahsiaan dapat digali dalam sirah baginda saw, iaitu yang masyhur adalah ketika baginda berhijrah ke madinah bersama-sama sahabat setianya Abu Bakar r.a. para ulama’ berpendapat bahawa tindakan Nabi saw berhijrah bersama-sama dengan Abu Bakar r.a. dalam keadaan kerahsiaan (berwaspada) dalam suasana malam dan sunyi, yang mana tempat tidurnya diganti oleh Saidini Ali r.a. adalah tindakan yang septutnya diambil oleh manusia biasa yang lainnya.
Inilah sunnah yang perlu diikuti oleh setiap penggerak harakah Islamiyah iaitu mengambil langkah berhati-hati mengelakkan dari ditangkap oleh musuh-musuh. Nabi saw mengamalkan hijrah dalam keadaan rahsia walaupun baginda sentiasa dipelihara oleh Allah menunjukkan bahawa taktik dan strategi sirr dan kerahsiaan adalah sunnah yang patut diamalkan, BERBEZA dengan tindakan Saidina Umar r.a. yang berhijrah dalam keadaan mengisytiharkan dirinya dalam keadaan pedang terhunus, bukan juga menunjukkan tindakannya adalah keterlaluan ataupun jahil, tetapi sebagai petanda bahawa Umar memiliki keistimewaan tersendiri.

Selain itu dalam Al-Qur’an Allah swt berfirman:
“Jika engkau Muhammad berada di antara mereka yang Islam, lalu ingin mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri solat besertamu dan menyandang senjata, kemudian apabila mereka (yang solat bersamamu) sujud (telah menyempurnakan satu rakaat), maka hendaklah datang golongan kedua yang belum bersembahyang, lalu bersembahyanglah mereka denganmu dan hendaklah mereka bersiap siaga dan menyandang senjata. Orang-orang kafir ingin supaya kamu lengah terhadap senjatamu dan harta bendamu, lalu mereka menyerbu kamu dengan sekaligus, dan tidak ada dosa atasmu meletakkan senjata-senjatamu, jika kamu mendapat sesuatu kesusahan kerana hujan atau kerana kamu menanggung sakit, dan siap sedialah kamu. Sesungguhnya Allah telah menyediakan azab yang hina bagi orang-orang kafir.” (An-Nisa’ : 102)
ayat di atas dengan tegas menunjukkan wajib berkerahsiaan dengan diterangkan kaedah dan cara-cara berwaspada, diperintahkan memegang senjata dalam solat, diperintahkan agar kaum muslimin yang lain berdiri di belakang orang-orang yang sedang sembahyang agar memelihara mereka dari serangan musuh. Kaum muslimin dibahagikan kepada dua kelompok, satu kelompok mengerjakan sembahyang dan satu lagi kelompok menjaga mereka.
Diterangkan juga orang-orang kafir ingin melalaikan kaum muslimin dan berusaha menghancurkan mereka sekaligus. Semua ini membuktikan wajib kerahsiaan dari sesuatu yang tidak disenangi.
Firman Allah swt :
Yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman berwaspadalah kamu dan majulah (ke medan pertempuran) bersama-sama” (An-Nisa’ : 81)
Perintah ini ditujukan kepada kaum muslimin agar berjihad terhadap orang-orang kafir, berperang pada jalan Allah dan berusaha mempertahankan agama dan diperintahkan kepada orang yang berkemampuan untuk menyebarkan dakwah. Mereka juga diperintahkan supaya tidak menyerang musuh membuta-tuli, tetapi harus terlebih dahulu mengetahui apa yang dimiliki oleh musuh dan mengetahui bagaimana cara menolak serbuan mereka. Itulah kaedah pertahanan yang baik.


APLIKASI DASAR KERAHSIAN

}  Kerahsiaan maklumat peribadi merupakan perkara fundamental hak asasi manusia yang telah diiktiraf UDHR 1948, dan pelbagai wakil antarabangsa yang lain.Di Malaysia, pelbagai undang-undang dan akta telah dikuatkuasakan dan digubal bagi memastikan maklumat peribadi dan juga maklumat kerajaan tidak diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.  

      Antara akta yang telah digubal ialah:
    }Akta Rahsia Rasmi 1972
    } Akta Perlindungan Saksi 2009
    } Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711).

    Akta Rahsia Rasmi 1972
}  suatu akta undang-undang berhubungan dengan perlindungan rahsia rasmi, terutama sekali dimaksudkan untuk memelihara perkara-perkara daripada jatuh ke tangan orang-orang yang tidak dibenarkan.
}  Akta ini bertujuan untuk mencegah kelalaian yang bersalahan, iaitu satu kesalahan jenayah, dan juga untuk menghalang apa-apa bantuan haram yang sengaja diberikan kepada agensi-agensi Negara asing atau subversif.

Akta Perlindungan Saksi 2009
}  Diwujudkan untuk memberi perlindungan keselamatan dan bantuan kepada saksi yang menghadapi ancaman keselamatan terhadap diri, keluarga dan sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya ekoran dari tindakannya memberi maklumat kepada mana-mana pihak berkuasa penyiasatan atau memberi keterangan di mahkamah mengenai sebarang kegiatan atau perbuatan jenayah dan kesalahan yang diketahuinya.

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010
 Akta ini telah diluluskan oleh Parlimen pada bulan Jun 2010 dan dikuatkuasakuasa pada 15 Disember 2010Objektif: untuk memberi perlindungan kepada pemberi maklumat dalam bentuk kerahsiaan maklumat mereka, kekebalan daripada tindakan sivil dan jenayah dan perlindungan daripada tindakan yang memudaratkan diambil terhadap mereka. Usaha Kerajaan Malaysia dalam menangani rasuah dan menggalakkan urus tadbir yang baik di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP).

KONSEP DAN TEORI KERAHSIAAN

Nilai-nilai kerahsiaan harus dipelihara, terutama sekali dalam penggunaan alat komunikasi seperti komputer di mana maklumat peribadi dari segi status kewangan, insurans, kesihatan dan tempat tinggal perlu dirahsiakan daripada pihak-pihak tertentu yang mungkin boleh menggunakannya untuk kepentingan diri atau secara negatif. Nilai-nilai kerahsiaan kini amat tergugat kerana kepesatan pembangunan alat komunikasi dari segi penghantaran data, imej atau grafik secara e-mel. Maka, setiap pengguna teknologi maklumat dan komunikasi harus berhati-hati serta bertanggungjawab dalam mengumpulkan, menganalisis dan mengkaji maklumat serta bahan yang diterima kerana kecuaian pengguna akan menyebabkan rahsia tersebar ke pihak lain yang mempunyai agenda negatif. Ini akan menggugat keselamatan dan kesejahteraan individu berkenaan serta masyarakat atau negara amnya.

Kerahsiaan dibahagikan kepada tiga perspektif iaitu perspektif Islam, perspektif perundangan dan perspektif kaunseling. Konsep penting dalam islam ialah amanah atau lebih dikenali sekarang sebagai integriti. Sesungguhnya amanah adalah sesuatu yang besar dan memiliki kedudukan yang agung. Wajib bagi hamba Allah untuk memperhatikan dan menjaga hak-haknya, mengetahui kedudukannya dan berupaya untuk mewujudkan dan merealisasikannya. Banyak dalil, baik dari al-Quran mahupun sunnah Rasulullah s.a.w yang menjelaskan tentang kedudukan amanah dan balasan yang akan diperolehi di dunia dan akhirat bagi orang yang menjaganya dan azab bagi mereka yang mengkhianatinya.

“Akan tetapi jika sebahagian kamu mempercayai sebahagian yang lain, maka hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanatnya (hutangnya) dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya.”

            Sistem perundangan Islam juga merupakan satu sistem yang mendidik umatnya untuk lebih berdisiplin dan hidup dengan lebih harmoni. Salah satu akta keselamatan peribadi iaitu Akta Rahsia Rasmi 1972 adalah satu Akta Undang-Undang berhubung dengan perlindungan rahsia rasmi daripada jatuh ke tangan orang-orang yang tidak dibenarkan. Akta ini bertujuan untuk mencegah kelalaian yang bersalahan, iaitu kesalahan jenayah dan juga untuk menghalang apa-apa bantuan haram yang sengaja diberikan kepada agensi-agensi negara asing atau subversif. Contohnya : kebocoran kertas peperiksaan UPSR tahun 2014.

          Selain itu, dalam proses kaunseling juga memerlukan seseorang kaunselor menjaga etika kerahsiaan semasa dan selepas menjalankan sesi kaunseling yang mana merupakan tanggungjawab utama dan amanah bagi seorang kaunselor sebagaimana yang terkandung dalam Kod Etika Kaunselor.
            Kerahsiaan dalam kaunseling adalah penting untuk mendapatkan kepercayaan klien dan ini akan membuatkan mereka merasakan diri mereka difahami, dihargai dan berasa selamat untuk berkongsi. Namun begitu, dalam proses kaunseling, prinsip kerahsiaan boleh dikecualikan. Ianya tidak terbatas kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada klien itu sendiri, kaunselor dan orang di sekeliling.

            Jika dikaitkan etika kerahsiaan dari sudut integriti, ia merupakan salah satu etika yang perlu ada pada semua orang. Integriti berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus ke arah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus Dwi Bahasa DBP 1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan. Dari maksud yang didapati dari kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya dan lain -lain yang berkaitan.

Bila disebut tentang integriti, tumpuan masyarakat akan terjurus kepada pasukan polis. Ini kerana polis merupakan satu entiti yang tidak dapat dipisahkan daripada konsep tersebut. Daripada itu, kerajaan telah mengambil satu langkah yang bijak demi menjaga kerahsiaan, contohnya dengan menubuhkan bahagian integriti di semua Jabatan Kerajaan. Begitu juga di PDRM, bilamana polis seringkali dikaitkan dengan rasuah, tidak beretika, menyalahgunakan kuasa dan lain-lain. Polis Diraja Malaysia juga menyokong sepenuhnya hasrat kerajaan dengan mengambil inisiatif untuk menubuhkan sebuah jabatan yang dinamakan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard. Jabatan ini telah ditubuhkan secara rasminya pada 25 Julai 2014 oleh YDH Ketua Polis Negara. Tujuan penubuhan jabatan ini adalah untuk memperkasakan PDRM dengan memantapkan integriti pegawai di samping memastikan tugas dilaksanakan dengan mematuhi standard yang telah ditetapkan. ini adalah selaras dengan tiga keutamaan YDH Ketua Polis Negara iaitu :

i .           Mengekalkan kenteraman awam dan kesejahteraan rakyat ;
ii.      Mengawal serta mengekang jenayah melalui pencegahan dan            penyiasataan berkesan; dan
iii.        Memantapkan integriti dan pematuhan standard warga PDRM.


            Pencapaian organisasi sangat berkait rapat dengan integriti. Ini kerana  integriti mempunyai hubungan yg signifikan terhadap prestasi organisasi apabila perlakuan tidak beretika berupaya untuk menghalang sesebuah organisasi dalam mencapai prestasi secara maksimum. Perkara ini telah terbukti menerusi peristiwa kegagalan organisasi tempatan dan antarabangsa serta pelbagai kemudaratan adalah berpunca daripada perlakuan manusia yang tidak beretika atau opurtunis. Sebagai contoh, “Pada 2014, terdapat 15 kes kebocoran maklumat iaitu lapan kes berlaku di laman sosial, tiga kes di laman web dan blog serta empat kes melalui kenyataan media. Peristiwa ini telah menimbulkan pelbagai andaian dan persepsi mengenai etika dan integriti pihak yang terlibat. Dalam erti kata lain, individu-individu ini tidak menjaga kerahsiaan jabatan tempat mereka bekerja  dan boleh mendatangkan malapetaka yang besar kepada nasib sesebuah negara dan tamadun sepertimana yang menimpa tamadun Rom apabila kemerosotan etika yang berlaku telah membawa tamadun tersebut kepada kehancuran. Kesimpulannya, adalah  menjadi tanggungjawab kita semua untuk menjaga kerahsiaan....

Friday, 27 November 2015

LIRIK LAGU BERKAITAN KERAHSIAAN


Rahsia

Album : Rahsia
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com


Ada rahsia
Rahsia
Itu urusan Dia
Pencarianmu sia-sia
Tiada siapa yang tahu
Bila masa, temapat dan waktu ajalmu,
Rahsia maut dan nyawa,
Rahsia hari yang telah dijanjikan,
Hanya Dia yang tahu,
Dia-lah penentu
Itu urusan-Nya
Kau hanya berusaha
Jangan banyak tanya,
Rahsia biar pecah di perut,
Jangan pecah di mulut,
Rahsia ada di atas sana,
Hanya di atas sana,
Terbongkar akhirnya,
Terbongkar rahsia, bila ia menjelma,
Bila ia datang menjelma,
Apabila rahsia oh datang menjelma,
Baru kau tahu siapa Dia.

Lagu: Shah, Mujahid [Gurindam Cipta]
Lirik: Jeff Hazimin & Shah [Gurindam Publishing]

Thursday, 26 November 2015

Hadith riwayat Ibnu Majah BERKAITAN MENJAGA KERAHSIAAN ( MENJAGA AIB)

Islam merupakan satu cara hidup dan agama yang indah. Islam juga mengajar umatnya agar sentiasa menjaga aib sesama muslim untuk mengelak diri berasa dikeji dan dihina. Islam memerintahkan umatnya untuk sentiasa menjaga kerahsiaan dan keaiban saudaranya sesama muslim sebagaimana hadith di bawah:


“Barang siapa yang menutupi aib saudara muslimnya,
Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat, dan barang siapa membuka aib
saudara muslimnya, maka Allah akan membuka aibnya hingga terbukalah aibnya walau ia di dalam rumahnya”





APA ITU KERAHSIAAN

Kerahsiaan merupakan satu isu yang amat sensitif. Ianya boleh membawa kepada persengketaan sesama sendiri. Boleh dikatakan pada zaman era globalisasi ini kerahsiaan tidak lagi dititik-beratkan oleh masyarakat tambahan lagi dengan kewujudan pelbagai media sosial seperti blog, facebook, twitter dan lain-lain. Adakah menjaga kerahsian maklumat atau sesuatu adalah perkara yang melecehkan? Mungkinkah ‘glamour’ (perhatian orang ramai) itu yang lebih dikejar dan diutamakan berbanding menjaga kerahsiaan.

          Sebagai contoh, baru-baru ini negara kita digemparkan dengan berita kehilangan pesawat MH370. Pelbagai ura-ura mengenai isu ini diperkatakan. Ada yang mengatakan pesawat tersebut telah terhempas dan ada juga yang mengatakan ianya telah melakukan pendaratan kecemasan. Wajarkah ianya dikeluarkan sedangkan kesahihannya belum terbukti. Tidakkah mereka terfikir apabila isu ini dikeluarkan tanpa bukti yang kukuh pelbagai persoalan akan muncul. Apa pandangan masyarakat sekeliling? Apa pandangan negara-negara luar? Tidakkah mereka memahami sensitiviti dan perasaan keluarga mangsa? Tanpa kita sedari, sifat rakus untuk berkongsi maklumat dan menjadi orang yang pertama mengeluarkannya menyebabkan kita mengabaikan perasaan orang lain terutamanya keluarga mangsa.

             Kerahsiaan juga boleh dibahagikan kepada tiga perspektif iaitu perspektif Islam, perspektif perundangan dan perspektif kaunseling.


    

Monday, 16 November 2015







ASSALAMUALAIKUM…HYE SEMUA..MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK UCAP SELAMAT BERKENALAN KEPADA SEMUA!!

NAMA SEBENAR SAYA NORHAFIZAH BINTI MOHD SUKRI, NAMA GLAMOR NOOR.. PELAJAR FALKUTI PENGAJIAN ISLAM (FPI) SYARIAH,  SEM 3 SESI 2014/2015 UKM. NOMBOR MATRIK GB02535. TUJUAN UTAMA SAYA BUAT BLOG MISSNOORW3H @ norhafizahmohdsukri.gmail.com NI ADALAH UNTUK SUBJEK HUMAN RIGHT (HAK ASASI MANUSIA). KEDUANYA ADALAH UNTUK BERKONGSI ILMU PERKAITAN HAK KERAHSIAN. TERUTAMANYA BERKAITAN HAK PEMBERI DAN PENERIMA MAKLUMAT. HAAAA…MESTI KORANG XTAU KAN PASAL NI??? KALAU KORANG NAK TAU PASAL HAK-HAK KERAHSIAAN NI, RAJIN-RAJINLAH FOLOW FOLLOW UP MY BLOG…PENTING TAU PASAL MENJAGA RAHSIAN NI..DALAM ISLAM PUN ADE SEBUT…KITE MESTILAH AMANAH DALAM MENJAGA RAHSIA KAN? KITA BEKERJA PUN NAK KENE JAGA RAHSIA2 JABATAN/ORGANISASI KITA KAN…SILAP2 BOLEH KE DALAM DOT DOT DOT KALAU KITE BOCORKAN RAHSIA, DIKIRA KITE BOCORKAN RAHSIA KERAJAAN LA. YANG PENTING KITA SEMUA DAPAT BERKONGSI DAN DAPAT TAU ILMU BARU DALAM MENJAGA HAK KERAHSIAAN INI SECARA MELUAS. SEKIRANYA ADA SILAP DAN SALAH DALAM PERKONSIAN ILMU INI, HARAP DAPAT KOMEN SECARA BAIK DI RUANGAN KOMENTAR..JIKA ADA PERTAMBAHAN ILMU, SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN. OKLAH, NANTI SAYA AKAN HURAIKAN DENGAN PANJANG LEBAR LAGI BERKITAN HAK KERAHSIAN DARI MASA KE SEMASA..WALLAUA’LAM.. TERIMA KASIH..


Monday, 2 November 2015

WARDA SAFIYYA

Assalamualaikum....

ini lah puteri sy, Warda Safiyya binti Hassim..time ni umur setahun lebih.Die bahasakan diri die kak yaya..skng ni kuat merajuk sbb dah ade saingan.3 thn lepas die sorang2 je.Skang ni byk kene share ngan baby..kesian kakak, asyik kene marah je ngan mama..marah2 pun mama babah tetap syg kakak tau..semoga membesar dengan sihat dan menjadi ank yg soleh... love u kakak

Thursday, 29 October 2015

MY BABY BOY



Assalamualaikum Semua.

Harini saje nak share my little baby boy.


Harith Ziyyad

Harith Ziyyad. Kesayangan mama dan babah. 
Kesayangan semua orang lebih2 lagi neknon & atuk ani.
Kesian sayang mama ni wekeend kena tinggal ngan neknon sbb mama g  UKM.
Harith baik-baik tau tinggal ngan neknon.

penyejuk hati mama dan babah

neknon kata -budak baik suka main jari


tata.

yang sentiasa sayang kamu,
mama Harith