Kerahsiaan
merupakan satu isu yang amat sensitif. Ianya boleh membawa kepada persengketaan
sesama sendiri. Boleh dikatakan pada zaman era globalisasi ini kerahsiaan tidak
lagi dititik-beratkan oleh masyarakat tambahan lagi dengan kewujudan pelbagai
media sosial seperti blog, facebook, twitter dan lain-lain.
Adakah menjaga kerahsian maklumat atau sesuatu adalah perkara yang melecehkan? Mungkinkah
‘glamour’ (perhatian orang ramai) itu yang lebih dikejar dan diutamakan
berbanding menjaga kerahsiaan.
Sebagai
contoh, baru-baru ini negara kita digemparkan dengan berita kehilangan pesawat
MH370. Pelbagai ura-ura mengenai isu ini diperkatakan. Ada yang mengatakan
pesawat tersebut telah terhempas dan ada juga yang mengatakan ianya telah
melakukan pendaratan kecemasan. Wajarkah ianya dikeluarkan sedangkan
kesahihannya belum terbukti. Tidakkah mereka terfikir apabila isu ini
dikeluarkan tanpa bukti yang kukuh pelbagai persoalan akan muncul. Apa
pandangan masyarakat sekeliling? Apa pandangan negara-negara luar? Tidakkah
mereka memahami sensitiviti dan perasaan keluarga mangsa? Tanpa kita sedari,
sifat rakus untuk berkongsi maklumat dan menjadi orang yang pertama
mengeluarkannya menyebabkan kita mengabaikan perasaan orang lain terutamanya
keluarga mangsa.
Kerahsiaan juga boleh dibahagikan kepada tiga
perspektif iaitu perspektif Islam, perspektif perundangan dan perspektif
kaunseling.
No comments:
Post a Comment