About Me

My photo
Kuala Lumpur, Cheras, Malaysia
Norhafizah Binti Mohd Sukri, Hassim Wife,Mum off 2 kids, Student,working mother, PDRM Counselor.. Unit Psikologi/Kaunseling, JIPS, Bukit Aman

Friday, 27 November 2015

LIRIK LAGU BERKAITAN KERAHSIAAN


Rahsia

Album : Rahsia
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com


Ada rahsia
Rahsia
Itu urusan Dia
Pencarianmu sia-sia
Tiada siapa yang tahu
Bila masa, temapat dan waktu ajalmu,
Rahsia maut dan nyawa,
Rahsia hari yang telah dijanjikan,
Hanya Dia yang tahu,
Dia-lah penentu
Itu urusan-Nya
Kau hanya berusaha
Jangan banyak tanya,
Rahsia biar pecah di perut,
Jangan pecah di mulut,
Rahsia ada di atas sana,
Hanya di atas sana,
Terbongkar akhirnya,
Terbongkar rahsia, bila ia menjelma,
Bila ia datang menjelma,
Apabila rahsia oh datang menjelma,
Baru kau tahu siapa Dia.

Lagu: Shah, Mujahid [Gurindam Cipta]
Lirik: Jeff Hazimin & Shah [Gurindam Publishing]

Thursday, 26 November 2015

Hadith riwayat Ibnu Majah BERKAITAN MENJAGA KERAHSIAAN ( MENJAGA AIB)

Islam merupakan satu cara hidup dan agama yang indah. Islam juga mengajar umatnya agar sentiasa menjaga aib sesama muslim untuk mengelak diri berasa dikeji dan dihina. Islam memerintahkan umatnya untuk sentiasa menjaga kerahsiaan dan keaiban saudaranya sesama muslim sebagaimana hadith di bawah:


“Barang siapa yang menutupi aib saudara muslimnya,
Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat, dan barang siapa membuka aib
saudara muslimnya, maka Allah akan membuka aibnya hingga terbukalah aibnya walau ia di dalam rumahnya”





APA ITU KERAHSIAAN

Kerahsiaan merupakan satu isu yang amat sensitif. Ianya boleh membawa kepada persengketaan sesama sendiri. Boleh dikatakan pada zaman era globalisasi ini kerahsiaan tidak lagi dititik-beratkan oleh masyarakat tambahan lagi dengan kewujudan pelbagai media sosial seperti blog, facebook, twitter dan lain-lain. Adakah menjaga kerahsian maklumat atau sesuatu adalah perkara yang melecehkan? Mungkinkah ‘glamour’ (perhatian orang ramai) itu yang lebih dikejar dan diutamakan berbanding menjaga kerahsiaan.

          Sebagai contoh, baru-baru ini negara kita digemparkan dengan berita kehilangan pesawat MH370. Pelbagai ura-ura mengenai isu ini diperkatakan. Ada yang mengatakan pesawat tersebut telah terhempas dan ada juga yang mengatakan ianya telah melakukan pendaratan kecemasan. Wajarkah ianya dikeluarkan sedangkan kesahihannya belum terbukti. Tidakkah mereka terfikir apabila isu ini dikeluarkan tanpa bukti yang kukuh pelbagai persoalan akan muncul. Apa pandangan masyarakat sekeliling? Apa pandangan negara-negara luar? Tidakkah mereka memahami sensitiviti dan perasaan keluarga mangsa? Tanpa kita sedari, sifat rakus untuk berkongsi maklumat dan menjadi orang yang pertama mengeluarkannya menyebabkan kita mengabaikan perasaan orang lain terutamanya keluarga mangsa.

             Kerahsiaan juga boleh dibahagikan kepada tiga perspektif iaitu perspektif Islam, perspektif perundangan dan perspektif kaunseling.


    

Monday, 16 November 2015







ASSALAMUALAIKUM…HYE SEMUA..MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK UCAP SELAMAT BERKENALAN KEPADA SEMUA!!

NAMA SEBENAR SAYA NORHAFIZAH BINTI MOHD SUKRI, NAMA GLAMOR NOOR.. PELAJAR FALKUTI PENGAJIAN ISLAM (FPI) SYARIAH,  SEM 3 SESI 2014/2015 UKM. NOMBOR MATRIK GB02535. TUJUAN UTAMA SAYA BUAT BLOG MISSNOORW3H @ norhafizahmohdsukri.gmail.com NI ADALAH UNTUK SUBJEK HUMAN RIGHT (HAK ASASI MANUSIA). KEDUANYA ADALAH UNTUK BERKONGSI ILMU PERKAITAN HAK KERAHSIAN. TERUTAMANYA BERKAITAN HAK PEMBERI DAN PENERIMA MAKLUMAT. HAAAA…MESTI KORANG XTAU KAN PASAL NI??? KALAU KORANG NAK TAU PASAL HAK-HAK KERAHSIAAN NI, RAJIN-RAJINLAH FOLOW FOLLOW UP MY BLOG…PENTING TAU PASAL MENJAGA RAHSIAN NI..DALAM ISLAM PUN ADE SEBUT…KITE MESTILAH AMANAH DALAM MENJAGA RAHSIA KAN? KITA BEKERJA PUN NAK KENE JAGA RAHSIA2 JABATAN/ORGANISASI KITA KAN…SILAP2 BOLEH KE DALAM DOT DOT DOT KALAU KITE BOCORKAN RAHSIA, DIKIRA KITE BOCORKAN RAHSIA KERAJAAN LA. YANG PENTING KITA SEMUA DAPAT BERKONGSI DAN DAPAT TAU ILMU BARU DALAM MENJAGA HAK KERAHSIAAN INI SECARA MELUAS. SEKIRANYA ADA SILAP DAN SALAH DALAM PERKONSIAN ILMU INI, HARAP DAPAT KOMEN SECARA BAIK DI RUANGAN KOMENTAR..JIKA ADA PERTAMBAHAN ILMU, SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN. OKLAH, NANTI SAYA AKAN HURAIKAN DENGAN PANJANG LEBAR LAGI BERKITAN HAK KERAHSIAN DARI MASA KE SEMASA..WALLAUA’LAM.. TERIMA KASIH..


Monday, 2 November 2015

WARDA SAFIYYA

Assalamualaikum....

ini lah puteri sy, Warda Safiyya binti Hassim..time ni umur setahun lebih.Die bahasakan diri die kak yaya..skng ni kuat merajuk sbb dah ade saingan.3 thn lepas die sorang2 je.Skang ni byk kene share ngan baby..kesian kakak, asyik kene marah je ngan mama..marah2 pun mama babah tetap syg kakak tau..semoga membesar dengan sihat dan menjadi ank yg soleh... love u kakak